Kolumnis

Bala Untuk PAS Larut dan PAS Taiping

Nazri Din dan Akmal Almenantuya: -

MINGGU lalu, TM banyak menggunakan perkataan bala-bala-bala.

Ia diambil daripada video pendek yang dibuat oleh PAS Perak dengan bantuan Pak Jabit dan Bob Lokman.

Cerita pendek tersebut bertujuan untuk memperkenalkan calon Ahli Parlimen Larut, iaitu Ustaz Akmal anak bekas calon Ahli Parlimen PAS yang tak pernah menang iaitu Ustaz Kamarudin Awang Basir.

Kini, Ustaz Kamarudin sudah pencen dalam politik dan telah menerima pingat penutup jasa oleh PAS Perak beberapa tahun lepas.

Ustaz Akmal juga merupakan menantu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Akmal merupakan calon yang ditunjuk oleh pak mentua untuk memenangi kerusi Parlimen Larut untuk pertama kalinya.

Hadi Awang sudah banyak melabur wang untuk memastikan menantunya menang besar di Larut.

Menurut sumber dari Larut, Akmal merupakan menantu kesayangan Hadi Awang.

Berapa saja wang yang diperlukan untuk membiayai program terutama untuk anak muda, wang pasti sampai.

Ustaz Shahir seorang bekas guru di SMA Al Banat Kamunting yang kena pecat akibat skandal dengan pelajarnya merupakan salah seorang orang kanan Akmal yang sanggup membawa anak-anak muda berlibur sampai ke Sunway Lagoon. Bayangkan berapa banyak wang yang telah dilaburkan di Larut.

Kemasukan Datuk Fauzi dalam Pas Larut sedikit sebanyak telah meresahkan Akmal.

Kaum puak Datuk Fauzi  mahukannya menjadi calon untuk pilihan raya akan datang kerana mereka tidak berapa berkenan dengan Ustaz Akmal.

Akmal dan Fauzi adalah dari Kampung Pantai Besar tetapi Fauzi lebih popular di kampungnya berbanding Akmal yang dianggap orang luar.

Dari kecil, Akmal tidak pernah menetap di kampung malah ayahnya pun sejak balik dari Sabah tidak pernah duduk di kampung, sebaliknya menyewa rumah di Batu Kurau.

Kini, keluarga Akmal menetap di Kampung Jawa, Batu 14, Batu Kurau.

Ustaz Akmal dalam ucapannya di majlis penyerahan borang PAS oleh Datuk Fauzi pernah menyuarakan rasa hatinya agar Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Bersih 4.0 sahaja.

Langsung tak sebut yang Fauzi elok jika dicalonkan untuk bertanding di Larut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Memang benar, kehadiran Fauzi di Larut telah mengancam kedudukan Akmal.

Pada 15 Julai lepas, Akmal telah menghantar memorandum ke Majlis Tertinggi PAS Pusat menolak sebarang usul atau pencalonan Fauzi untuk bertanding mana-mana kerusi PAS di Larut.

Dengan angkuhnya Ustaz Akmal menamakan dirinya calon kerusi Parlimen Larut, Nazri Din sebagai ADUN Kubu Gajah dan Dr Dhari sebagai ADUN Selama. Inilah rencana Akmal yang tak boleh diganggu-gugat oleh PAS Pusat, begitu berani menantu Hadi ini rupanya.

PAS TAIPING

PAS Taiping pula lain ceritanya.

PAS Taiping tidak lah gah seperti Larut, PAS Taiping ibarat melukut di tepi gantang atau mentimun dengan durian.

Apa kata DAP dan PKR, mereka akur sahaja.

PAS Taiping dari dahulu lagi hanya mampu menentang UMNO di Kamunting kerana Kamunting ramai pengundi Melayu.

Untuk menang besar dalam PRU-13, PAS telah memindahkan ramai pengundi atau ahli PAS dari Aulong dan Pokok Assam ke Kamunting.

YDP PAS Taiping

Bagaimanapun dilema yang dihadapi oleh Fakharuddin Aziz ialah desas-desus DAP akan meletakkan calon Melayu di DUN Kamunting. Alasannya mudah, PAS telah mencuba sejak azali tetapi tak pernah menangg, maka atas dasar bersekongkol atau bekerjasama [ meminjam kata Tantawi] kerusi N16 Kamunting perlu diberikan kepada DAP.

Maklumat yang diperoleh daripada Fakharudin, beliau menyatakan beliau terpaksa akur jika itulah kehendak  ketiga-tiga pucuk pimpinan Pakatan.

Sebelum ini PKR sudah pun menyatakan pendiriannya untuk bertanding di kerusi N16 Kamunting, calonnya juga telah siap sedia dan beliau bekas pegawai kanan kerajaan yang sudah bersara.

Justeru, PAS Taiping juga patut mengikut jejak langkah Ustaz Akmal agar membuat memorandum mendesak Pas Pusat menamakan Fakharudin sebagai calon wajib untuk bertanding kerusi DUN Kamunting.

Hari ini, beliau dilihat sedikit kecewa dan tertekan dengan situasi sekarang.

Inikah bala yang bakal menimpa PAS Taiping?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");