Perak Hari Ini

Diskaun 30 peratus langsai hutang pinjaman pelajaran: DS Zambry

Berita baik buat peminjam pinjaman pelajaran Perak apabila tawaran diskaun 30 peratus akan diberi kepada mereka yang melunaskan baki pinjaman sekaligus dalam tempoh 1 Julai hingga 30 November ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tawaran itu diberi sebagai galakan kepada pelajar untuk membayar penuh pinjaman mereka.

“Tawaran ini akan membabitkan kira-kira 4,000 peminjam sejak 1973 dengan nilai pinjaman berjumlah RM40 juta.

“Ia sah untuk tempoh berkenaan supaya mereka mampu dapat melunaskan hutang dengan kadar lebih rendah, sekali gus memberi peluang kepada pelajar pula menerima pinjaman pelajaran kerajaan Perak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco, di Ipoh, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");