Perak Hari Ini

Kadar jenayah kurang bukti polis jalankan tugas: DS Zambry

Pengurangan kadar jenayah di Perak membuktikan bahawa pihak polis berjaya menjalankan tugas dalam menjaga keselamatan dan keamanan negeri khususnya dan negara amnya.

Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap tindakan segelintir masyarakat yang gemar melemparkan tohmahan serta mempunyai persepi negatif terhadap pasukan keselamatan tersebut.

“ Kita seharusnya tahu tanggungjawab pihak polis dalam menjaga keamanan negara dan bukannya melihat atau menganggap mereka sebagai musuh,” katanya.

Meskipun pihak polis telah memberikan perkhidmatan terbaik ketika bertugas, namun masih terdapat segelintir masyarakat secara berterusan menganggap polis gagal dalam menjalankan tugas, katanya.

“Kita lihat masyarakat sekarang sering mencemuh segala tindakan yang dilakukan oleh polis.. apa sahaja yang dilakukan oleh polis tidak kena dimata mereka.

“Namun, jika kebaikan yang dilakukan polis…mereka hanya berdiam sahaja” katanya.

Di Perak, kadar jenayah berjaya dikurangkan sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Saya difahamkan oleh Ketua Polis Perak bahawa kadar jenayah di Perak telah berkurangan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri  Majlis ‘Crime Awareness Day dan Walkabout bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontijen Perak bertempat di Pasar Minggu Kamunting, Taiping, dekat sini hari ini.

Beliau turut memuji pihak polis di atas usaha terbaik yang diberikan dalam memastikan kadar jenayah bagi setiap kawasan khususnya di negeri tersebut berada dalam keadaan terkawal.

“Ia adalah sebahagian daripada Key Performance Index (KPI) yang ditetapkan bagi setiap anggota polis untuk kurangkan kadar jenayah,” jelasnya lagi.

Bercakap mengenai program tersebut, Dr Zambry menyifatkan ianya cukup simbolik apabila melihatkan usaha pihak polis dalam mendekati masyarakat.

“Program ini melibatkan rakyat dimana pihak polis memberi pendedahan serta kesedaran bahawa jenayah boleh berlaku di mana-mana dan kerjasama yang diberikan masyarakat  adalah penting dalam mengurangkan kadar jenayah,” tambah beliau.

Program yang dianjurkan oleh kontijen Polis Perak itu melibatkan rakyat serta sektor perniagaan dalam mengawal jenayah serta menjelaskan faedah-faedah usaha sama antara PDRM, masyarakat dan sektor perniagaan dalam pencegahan jenayah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");