Laporan Eksklusif

Slogan Janji Ditepati Bukan Sekadar Perkataan Semata-mata: PM

Slogan Janji Ditepati yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ternyata bukan sekadar perkataan semata-mata.

Sebaliknya, ia adalah manifestasi yang berjaya dibuktikan kerajaan BN sejak negara merdeka 55 tahun lalu apabila berupaya mengekalkan Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan (3K).

Ketika berucap pada Jelajah BN Janji Ditepati di Bandar Baru Bangi, Najib berkata, BN akan terus menunaikan janjinya kepada negara dan rakyat negara ini.

Jelasnya, pendekatan 3K itu juga sejajar dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang bertemakan ‘Janji Ditepati’.

“BN menepati janji bukan hanya perkara sehari atau dua hari saja tetapi ia telah dilaksanakan sepanjang tempoh 55 tahun lalu.

“Slogan Janji Ditepati bukan sekadar perkataan semata-mata.

“Tiada keperluan mempolitikkannya tetapi untuk kami membantu rakyat,” tegasnya.

Katanya, pendekatan itu berbeza dengan Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor di mana mereka gagal menunaikan janji kepada rakyat.

“Mereka (pembangkang) membuat pelbagai janji sebelum pilihan raya 2008 untuk memenangi hati dan mempengaruhi pemikiran rakyat tetapi mereka gagal menunaikannya,” kata Najib.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan penduduk dan menikmati sarapan pagi di Pasar Seksyen 1 Bandar Baru Bangi.

Di bawah Dasar Transformasi Negara yang diperkenalkan Perdana Menteri, pelbagai pendekatan dilaksanakan kerajaan BN bagi membantu dan meringankan beban rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan bagi membantu meringankan beban rakyat yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan selain Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200 serta bantuan persekolahan RM100 kepada setiap murid dan pelajar di negara ini.

Aspek kesihatan juga tidak diabaikan apabila kerajaan mewujudkan Klinik Rakyat 1Malaysia yang mengenakan bayaran paling minima bagi membolehkan rakyat negara ini mendapat khidmat penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Bagi meringankan rakyat berpendapatan rendah berbelanja, Kedai Rakyat 1Malaysia ditubuhkan di seluruh negara, sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengotakan janjinya untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat di bawah dasar transformasi ini termasuklah golongan pemandu teksi apabila Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1M) yang membabitkan insentif RM520 untuk penukaran empat buah tayar teksi.

Dalam bidang pendidikan pula, kerajaan melancarkan program interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) yang diberikan secara percuma kepada semua pelajar di seluruh negara yang bakal menduduki peperiksaan umum tahun ini.

Projek perintis akan dilaksanakan di Selangor yang membabitkan kira-kira 10,000 pelajar  dan 107 sekolah menengah dan rendah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");