Sukan Hari Ini

MCA kena jelas isu proksi Israel

KUALA LUMPUR – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah menghantar surat kepada Persatuan Kriket Malaysia (MCA) bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pertubuhan itu yang dilaporkan menjadi proksi kepada Persatuan Kriket Israel (ICA) pada persidangan tahunan Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh berkata, pihaknya telah menghantar surat tersebut semalam bagi mendapatkan penjelasan daripada MCA mengenai kontroversi tersebut.

“Kita mengetahui perkara ini melalui laporan media. Sebab itu kita hantar surat untuk mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Jelas beliau, pihaknya tidak boleh memberi ulasan lanjut isu tersebut dan perlu menunggu jawapan balas daripada MCA.

Menurut laporan akhbar di India, The Telegraph di dalam laman webnya www.telegraphindia.com, tindakan MCA menjadi proksi kepada ICA itu menimbulkan kemarahan beberapa negara Islam yang menganggotai ICC.

Akhbar itu juga melaporkan ICA tidak dapat menghadiri persidangan itu atas masalah visa dan proksi persatuan kriket negara tersebut telah diberikan kepada MCA.

Sebelum ini MCA terlibat dalam kontroversi membawa pasukan kriket dari Israel ke negara ini bagi menyertai kejohanan yang dianjurkan di ibu negara pada 1997.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang tidak mahu pemain kriket Israel menjejakkan kaki ke negara ini.

-Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");