Jenayah

‘Tendang dia sampai mati’

Kumpulan mat rempit kejar polis awal pagi

Kluang: Tendang dia sampai mati” demikian jerit sekumpulan mat rempit ketika mengejar seorang anggota polis dalam kejadian di Machap, dekat sini awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku ketika Konstabel Zuherry Zylkifli, berpatah balik mendapatkan seorang rakan setugasnya yang tertinggal di belakang dalam cubaan mereka mengejar kumpulan remaja terbabit, jam 2.45 pagi.

Terserempak

Sebelum itu, mereka yang bertugas di Balai Polis Simpang Renggam dan membuat rondaan berhampiran Kampung Batu 6 dekat Jalan Machap-Air Hitam, terserempak sekumpulan mat rempit berlumba motosikal lalu mengejar mereka.

“Kami kemudiannya mengejar mereka tetapi rakan setugas tertinggal jauh di belakang.

“Saya berpatah balik untuk mendapatkannya dan tidak menyangka kumpulan mat rempit itu pula mengejar saya sambil menjerit mahu menendang saya sampai mati.
“Saya masuk simpang jalan kampung di situ, tetapi mereka terus menghimpit sambil menendang motosikal saya.

“Saya hilang kawalan lalu terhumban ke semak di tepi laluan itu,” katanya di Hospital Kluang selepas menerima lawatan Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali, semalam.

Zuherry yang baru setahun berkhidmat berkata, kumpulan mat rempit terbabit kemudian melarikan diri selepas kejadian itu yang menyebabkannya patah tangan kiri sebelum dibantu penduduk kampung.

-Berita Harian Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");