Program Basmi Kemiskinan

Penduduk Taman Hillview minta MBI selenggara padang, taman permainan kanak-kanak

Penduduk sekitar Taman Hillview berasa terkilan apabila kemudahan padang dan taman permainan kanak-kanak yang dijadikan tempat riadah penduduk di kawasan tersebut tidak diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan sejak sepuluh tahun lalu.

Padang yang kerap menjadi tempat kunjungan golongan belia serta ibu bapa yang membawa anak mereka bermain di padang tersebut kini berada dalam keadaan kurang memuaskan manakala sebahagian alatan permainan kanak-kanak juga didapati sudah rosak.

Menurut penduduk, Fakhrul Hisham Ahmad, 29, beliau mendesak agar pihak berkuasa tempatan mengambil membaiki kawasan padang tersebut dengan kadar segera.

“Saya harap pihak berkuasa boleh baiki semula kemudahan yang rosak termasuklah padang ini supaya dapat memberi keselesaan kepada penduduk dan kanak-kanak yang datang bermain,” katanya.

Tambahnya, keadaan alat permainan yang sudah reput dan pecah menyebabkan beliau bimbang akan keselamatan anaknya ketika bermain.

“Saya rasa tidak selamat kerana alatan mainan yang disediakan kepada kanak-kanak telah diconteng serta dirosakkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya.

Bagi Rizani Rabat pula, masalah yang sama turut dihadapi beliau dan rakan-rakannya yang sering menghabiskan waktu petang mereka melakukan aktiviti riadah bermain permainan takraw di padang tersebut sejak beberapa tahun lalu.

“Gelanggang takraw yang disediakan ini juga sudah tidak selesa lagi bagi kami untuk bermain. Setiap kali hujan turun, gelanggang tersebut akan ditakungi air,” katanya.

Sebagai penduduk yang sering menggunakan kemudahan itu, Rizani mendesak supaya padang tersebut dinaiktaraf serta diberi wajah baru bagi memberi keselesaan kepada penduduk.

“Pihak berkuasa tidak pernah mengambil tindakan untuk membaiki mahupun menaiktaraf padang permainan ini kerana kali terakhir ia dinaik taraf ialah kira-kira 10 tahun yang lalu,” tambahnya lagi.

Safar Awaldin, 54, yang mendiami kawasan perumahan itu sejak tahun 1999 berkata, aspek kebersihan padang juga antara masalah utama yang menggangu keselesaan penduduk.

Katanya, penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri membersihkan kawasan padang permainan yang jarang dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Hanya sekali sahaja padang ini dibersihkan namun selepas itu kami sendiri akan mengutip sampah serta membakar rumput-rumput yang ditinggalkan begitu sahaja selepas dimesin ,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");