Sukan Hari Ini

Tiada pesta di Rome

Presiden Itali, Giorgio Napolitano berbual dengan Gianluigi Buffon (kanan) dan Mario Balotelli pada majlis meraikan skuad Azzurri di Istana Quirinale, Rome semalam. - REUTERS

Presiden Itali, Giorgio Napolitano berbual dengan Gianluigi Buffon (kanan) dan Mario Balotelli pada majlis meraikan skuad Azzurri di Istana Quirinale, Rome semalam. - REUTERSROME – Skuad bola sepak Itali disambut sekumpulan kecil peminat setibanya di tanah air semalam, selepas kekalahan 0-4 kepada Sepanyol dalam final Euro 2012 kelmarin.

Menaiki pesawat dari Krakow, Poland, skuad Azzurri tiba di Lapangan Terbang Fiumicino dengan memakai suit dan bertali leher.

Sebaik menjejakkan kaki di zon ketibaan, sorakan peminat menyambut mereka, manakala nyanyian lagu kebangsaan berkumandang.

Peminat yang menanti turut memberi galakan dengan berteriak “Ayuh Itali”.

Skuad Azzurri kemudian menaiki bas untuk menghadiri majlis gilang gemilang yang dianjurkan oleh Presiden, Giorgio Napolitano.

Tonggak pertahanan Itali, Leonardo Bonucci mengakui, suasana suram dan kekecewaan menyelubungi rakan-rakan sepasukannya sepanjang perjalanan pulang ke Itali tetapi ia sedikit reda selepas melihat mereka masih dihargai oleh peminat.

Dalam majlis yang diadakan di Istana Quirinale, Prandelli berkata, dia amat terharu dengan sokongan tidak berbelah bagi yang diberikan Napolitano terhadap skuad Azzurri.

Malah, Presiden Itali itu menonton aksi pasukan kebangsaan sejak perlawanan pertama Kumpulan C menentang Sepanyol di Gdansk yang berkesudahan 1-1. Napolitano turut memberitahu Prandelli beliau mahu menjemput para pemain ke kediaman rasminya tidak kira apa keputusan yang dicapai mereka di Euro.

“Napolitano merupakan peminat No. 1 Itali dan beliau mahu membantu pasukan ini merawat kedukaan selepas kekalahan memalukan 4-0 kepada Sepanyol,” jelas Prandelli.

Ketua pasukan dan penjaga gol, Gianluigi Buffon mewakili rakan-rakannya menyampaikan barangan peribadi mereka kepada Napolitano, 87, sebagai tanda penghargaan.

Andrea Pirlo dan Mario Balotelli masing-masing menghadiahkan bola. – AFP

-Utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");