Jenayah

Warga Pakistan bebas tuduhan rogol isteri

Johor Bahru: Mahkamah Sesyen, di sini semalam melepas dan membebaskan seorang warga Pakistan daripada tuduhan merogol isterinya, April tahun lalu.

Rahin Adnan Muhammad Hanif, 33, yang berstatus penduduk tetap (PR) dari Taman Desa Cemerlang, dekat sini, dituduh melakukan kesalahan itu ke atas isterinya berusia 32 tahun di rumah mereka di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, jam 2 pagi 25 April.

Pemilik syarikat bateri itu yang didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, dibebaskan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes.

Rahil Adnan yang mempunyai tiga anak, masing-masing berusia 11, 6 dan 4 tahun bersama isterinya itu, berkata mereka bercerai 13 April 2011 sebelum rujuk semula lima hari kemudian. Beliau mendaftarkan rujuk itu di Jabatan Agama Johor (JAJ) pada 23 April tanpa kehadiran isterinya, menyebabkan surat pengesahan tidak dapat dikeluarkan.

Bagaimanapun pada 25 April 2011, warga Pakistan itu berkata, beliau ditahan polis selepas isterinya membuat laporan dirogol sedangkan mereka sudah rujuk.

-Berita Harian Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");