Membawang Hari Ini

Dato’ Siti Nurhaliza Perjelas Isu Persembahan Di Kelantan

Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan telah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu.

Amaran tersebut dikeluarkan ekoran persembahan terbuka Dato’ Siti Nurhaliza sempena Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu pada 14 Julai lalu yang mencetuskan kontroversi.

Dato’ Siti Nurhaliza yang ditemui dalam majlis Pelancaran Koleksi Kosmetik SimplySiti Bejeweled malam tadi menjelaskan hal tersebut.

“Saya hadir di sana atas jemputan pihak penganjur. Apa yang saya boleh katakan, persembahan pada malam tersebut lebih berbentuk ilmiah kerana ia sempena sambutan Hari Guru.

“Namun, selepas apa yang berlaku saya menghormati pendirian pihak kerajaan yang memerintah. Jika ada jemputan lagi selepas ini dan diluluskan persembahan tersebut, saya tidak ada masalah untuk menerimanya,” ujar Siti yang tidak mahu lagi perkara tersebut dijadikan isu.

Bercerita tentang koleksi kosmetik SimplySiti Bejeweled yang baru dilancarkan, ia merupakan edisi istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Seakan menjadi tradisi, sekali lagi menjelang hari raya ini SimplySiti sekali lagi memperkenalkan koleksi kosmetik terbaru yang lebih eksklusif.

“Koleksi Bejeweled diilhamkan daripada permata yang menjadi pujaan setiap wanita. Koleksi ini didatangkan dalam dua set khas iaitu  Bejeweled Ruby dan Bejeweled Sapphire,” kongsi Siti teruja.

Istimewanya, koleksi kosmetik kali ini dirumus khas dengan ‘Jewelery Powder’ yang terdiri daripada permata berlian, delima dan mutiara yang bermanfaat untuk kulit agar kelihatan lebih cerah, berseri dan menawan.

Sempena dengan pelancaran koleksi Bejeweled ini, SimplySiti telah bekerjasama dengan syarikat barangan kemas Habib Jewels untuk peraduan ‘Find That Diamond In You’ dengan hanya menghantar slogan “Kecantikan saya terserlah dengan Bejeweled kerana…” Slogan yang menarik dengan menyelitkan Habib Jewels dan SimplySiti, pemenang bakal membawa pulang set berlian bernilai sehingga RM70,000.

Selain itu, Siti juga akan turun padang di beberapa lokasi bermula hari ini untuk sesi ‘Meet & Great’ dan mempromosikan Koleksi Bejeweled yang mula berada di pasaran hari ini. Untuk info lanjut, layari www.simplysiti.com.my atau Facebook SimplySiti dan Siti Nurhaliza Tarudin Official.

– Media Hiburan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");