Jenayah

Ibu tunggal maut digilis

Ipoh: Seorang ibu tunggal beranak empat maut selepas kepalanya digilis tayar sebuah jentera bomba yang dalam perjalanan ke lokasi kebakaran, petang semalam.

Lebih menyayat hati, Saadiah Yahya, 56, yang juga seorang kakitangan Lembaga Air Perak, maut di tempat kejadian kira-kira sejam sebelum waktu berbuka puasa.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 bersendirian dari Jalan Sultan Idris Shah membelok ke kanan melalui persimpangan lampu isyarat untuk memasuki Jalan Raja Musa Aziz.

Bagaimanapun, kenderaannya dihimpit sebuah jentera bomba dinaiki enam anggota yang bergegas ke lokasi kebakaran di Jalan Masjid.

Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Jude, 22, berkata mangsa terjatuh selepas dihimpit sebelum kepalanya digilis tayar jentera itu.

“Saya melihat mangsa terjatuh dan kepalanya terkena tayar kenderaan jentera yang dipandu laju dengan siren berbunyi menandakan ada kes kecemasan.

“Selepas itu, darah keluar dari kepala mangsa dan topi keledar yang dipakai mangsa juga pecah. Saya sempat melihat mangsa menggelupur beberapa saat sebelum meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, pemandu jentera bomba itu menghentikan kenderaan kira-kira 30 meter dari jenazah mangsa.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");