Sukan Hari Ini

Kehebatan Khairul Anuar lebur di tengah jalan

LONDON – Pemanah negara Khairul Anuar Mohamad tidak mampu meneruskan langkah lagi selepas tumbang kepada pesaingnya dari Jepun, Takaharu Furukawa dengan kiraan 6-2 dalam saingan suku akhir acara individu Sukan Olimpik di lapangan Lord?s Cricket Ground di sini, semalam.

Selepas bermula cemerlang menyingkirkan pemanah tuan rumah yang lebih baik kedudukan rankingnya, Lord Godfrey (4) dalam pusingan ketiga, Khairul gagal mengulangi pencapaian hebat itu gara-gara tiupan angin yang dikatakan mengganggu konsentrasinya ketika menghalakan tuju anak panah.

Anak muda berusia 21 tahun yang baru pertama kali menjejakkan kaki di pentas Olimpik itu tewas 26-27 dalam pusingan pertama seterusnya 24,25 sebelum bangkit 28-21 dan kalah 26,28 sekali gus memberi kemenangan kepada Furukawa yang menduduki ranking ke-5.

Dia yang keseorangan meneruskan perjuangan selepas dua lagi rakan sepasukan Haziq Kamaruddin dan Cheng Chui Sian tersingkir awal sebelum itu menang 6-5 mengatasi Godfrey menerusi penentuan sudden death selepas terikat 5-5 walaupun berdepan dengan ratusan penyokong tuan rumah.

??Tiupan angin terlalu kuat pada petang ini menyebabkan saya terpaksa mengawal busar terlalu lama. Panahan saya tidak menjadi. Keadaan berbeza semasa menentang Godfrey yang mana saya dapat mengawal keadaan (penyokong) manakala tiupan angin tidak sekuat petang ini.

??Saya kecewa. Setiap kali saya fokus angin akan mengganggu konsentrasi saya. Kalau ikutkan saya boleh pergi jauh lagi menentang pemain Jepun itu,” ujar Khairul, 21, yang jelas mempamerkan raut wajah hampa walaupun pencapaiannya layak ke sukan berprestij seperti Olimpik sebenarnya sudah cukup membanggakan apatah lagi kemampuannya layak ke suku akhir dalam penampilan kali pertama.

Khairul meletakkan sasaran sampai ke suku akhir dalam acara individu dan lebih mengutamakan sasaran pingat dalam berpasukan.

Kejayaannya mara ke saingan suku akhir turut menyamai pencapaian rakan sepasukan, Chu Sian yang mengalami nasib yang sama ketika beraksi di Temasya Beijing 2008 apabila tewas kepada pemain Itali.

Dalam pada itu, jurulatih memanah negara, Lee Jae Hyung berkata, dia kecewa kerana tidak dapat melihat anak didiknya itu mara untuk sekurang-kurangnya mendapat pingat.

??Dia sudah mencuba sedaya upaya tetapi apa boleh buat angin terlalu kuat. Dia gementar sedikit tetapi itu bukan faktor kekalahannya kepada Furukawa,” jelas Jae Hyung.

– Utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");