Sukan Hari Ini

Perenang AS lebur rekod dunia

AKSI Rebecca Soni ketika bersaing dalam acara renang 200m kuak dada pada Sukan Olimpik di London, semalam. - AFP

LONDON – Perenang Amerika Syarikat, Rebecca Soni sekali lagi memperbaharui rekod dunia semalam dalam acara 200 meter kuak dada wanita untuk dia memenangi dua pingat emas dalam dua Sukan Olimpik berturut-turut.

Soni memenangi emas acara tersebut semalam dengan masa dua minit 19.59 saat, memadamkan rekod lama 2:20.00s.

Soni merupakan perenang pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan di London selepas meraih emas dalam acara yang sama pada Olimpik di Beijing empat tahun lalu.

“Saya tidak terlalu fokus untuk memperbaharui rekod atau pingat atau apa-apa. Saya cuma mahu berenang dalam satu lagi perlumbaan di mana saya tahu saya mampu lakukannya.

“Ini adalah kejayaan yang saya idamkan iaitu berenang di bawah 2.20s kerana jurulatih saya pernah memberitahu bahawa saya mampu menjadi wanita pertama berenang di bawah 2.19s, kini saya berjaya melakukannya.

“Semasa pertandingan saya tidak mahu membuka mata atau menoleh ke belakang kerana saya hanya mahu tangan saya menyentuh dinding dan selepas itu baru saya membuka mata. Akhirnya saya berjaya melakukannya, saya amat gembira,” kata Soni.

Dedah Soni, pada perlumbaan semalam dia tidak merancang untuk menang dan tidak menyangka berjaya memecahkan rekod baru dunia.

“Saya tidak tahu bahawa saya telah melakukannya (memperbaharui rekod dunia) dan memenangi pingat emas.

“Saya dengar penyokong bersorak dan ketika itu saya tidak fikirkan apa-apa kerana saya mahu menamatkan saingan dengan menyentuh dinding.

“Saya juga takut untuk melihat ke arah jam namun ia sesuatu yang mengagumkan,” kata Soni.

Sementara, pingat perak acara 200 meter kuak dada wanita diraih perenang Jepun, Satomi Suzuki dan Yuliyia Efimova dari Rusia sekadar gangsa.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");