Perak Hari Ini

Laporan Meluas Kes Jenayah Cetus Rasa Bimbang Di Kalangan Rakyat, Pelancong

Laporan meluas media berkaitan kes jenayah dan kemalangan yang berlaku di Perak  dikhuatiri akan memberi perspektif negatif dalam isu berkaitan keselamatan, sekaligus mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat.

Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS negeri Perak, Ahmad Nuri Al-Amin berkata, perkembangan ini amat mencemaskan bukan hanya rakyat tetapi juga pelancong luar yang datang melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Perak (TMP)  tahun ini.

“Sebagai contoh, akhbar hari ini memuatkan berita tentang kes jenayah yang berlaku di negeri ini yang sudah tentu akan memberikan persepsi negatif dalam isu berkaitan keselamatan.

“Rakyat Perak khasnya dan pelancong luar yang berkunjung ke Perak sudah tentu mengikuti perkembangan ini dan tidak merasa selesa dan selamat untuk berada di sini.

“Insiden yang berlaku di musim perayaan ini akan memberi gambaran yang tidak elok terhadap sambutan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam satu kenyataan media di Ipoh, hari ini.

Justeru, PAS negeri katanya, mengharapkan agar pengamal media dapat membantu pihak polis dalam usaha untuk mencegah kejadian jenayah yang sering berlaku agar proses pencegahan awal dengan mendidik rakyat khasnya boleh diaplikasikan.

Usaha bagi memberikan teguran awal melalui media dapat memberikan didikan kepada semua lapisan masyarakat bagi menangani isu ini secara berkesan, katanya.

“Kami akan sentiasa menyokong usaha bagi memberi informasi pendidikan kepada masyarakat agar isu keselamatan dapat dibendung lebih awal lagi.

“Pihak polis juga disaran agar memberikan tumpuan yang serius terhadap isu jenayah yang semakin meruncing di negeri ini demi untuk menyumbang ke arah negeri yang lebih selamat kepada semua,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");