Berita Hari Ini

Merdeka: RapidKL Lanjut Operasi LRT, Perjalanan Percuma Ke Stesen Terpilih

Perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang akan dilanjutkan untuk dua malam berturut-turut mulai esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 Jumaat ini.

RapidKL, iaitu operator LRT dan monorel dalam kenyataan di sini, Rabu, berkata perkhidmatan percuma juga akan diberikan kepada semua pengguna yang menghadiri acara ‘Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’ yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka esok, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjut sehingga pukul 1 pagi keesokan harinya.

Stesen-stesen tersebut ialah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah, Titiwangsa, Kelana Jaya, KL Sentral, Masjid Jamek, Dang Wangi dan KLCC.

“Stesen-stesen LRT yang lain akan ditutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen,” kata jurucakap RapidKL Masnizam Hashim.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");