Isu Panas

NFC: Rafizi dicaj bawah Bafia

SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini dicaj di Mahkamah Sesyen di sini, di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989 berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp), yang menjadi isu kontroversi sejak awal November lalu.

Beliau yang dibawa ke Mahkamah Seksyen 6, di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, didakwa di bawah Seksyen 997 Bafia.

Rafizi didakwa mendedahkan maklumat rahsia akaun kewangan dan perbankan berkaitan dengan NFC, syarikat projek lembu daging, yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Rafizi yang mengaku tidak bersalah dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai penjamin.

Polis menahan pemimpin muda PKR itu di rumahnya di Ampang awal pagi tadi.

Akaun itu dilaporkan dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak-naka mereka. Salleh yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp membuat laporan polis dan aduan kepada Bank Negara.

Projek itu menjadi kontroversi ekoran kerugian yang dialami, yang pada awalnya didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang dibentang di Parlimen.

Sebelum ini, Rafizi disiasat kerana bertindak bercanggah dengan Bafia, dengan mendedahkan maklumat sulit perbankan NFCorp.

Pada Mei lalu, NFCorp menegaskan  Rafizi harus dipertanggungjawabkan terhadap pencabulan Bafia.

Syarikat itu yang membuat laporan polis dan kepada Bank Negara mendakwa Rafizi telah bertindak mendedahkan kerahsiaan dokumen yang secara jelas tertera perkataan ‘sulit dan peribadi’ kepada pihak media.

Kenyataan bertarikh 17 Mei lalu syarikat itu menyebut, pada awal bulan itu, Rafizi telah mengedarkan kepada media sepucuk surat bertanda ‘sulit dan peribadi’ bertarikh 24 April daripada bank terlibat yang telah dialamatkan kepada Johari Mohamad, seorang pegawai bank NFCorp membuka akaun.

Menurut peguam-peguam NFC, semua pencabulan dan sikap tidak hormat  Rafizi terhadap perkara kerahsiaan adalah disebabkan untuk memenuhi agenda politik peribadinya.

Malah menurut para peguam itu, dakwaan Rafizi bahawa NFC sedang memburu ‘pemberi maklumat’ mengenai NFC adalah salah.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");