Perak Hari Ini

Kualiti Udara Di Perak Catat IPU Sederhana: JAS

Kualiti udara beberapa tempat di negeri Perak masih dalam keadaan baik walaupun berlaku pencemaran jerebu yang merentas dari sempadan Sumatera, Indonesia.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan IPU di beberapa daerah negeri tersebut berada dalam keadaan sederhana.

Sehingga jam 11 pagi tadi, kualiti udara di Jalan Tasek, Ipoh, Kampung Air Putih, Taiping dan Jalan Pegoh, bertambah baik berbanding sebelum ini.

Sementara itu, bacaan IPU di Seri Manjung meningkat kepada 80 berbanding 78 sebelum ini. Situasi tersebut juga berlaku di Tanjung Malim apabila bacaan IPU turut meningkat kepada 74 berbanding 73 pada jam 7 pagi tadi.

Walaubagaimanapun setakat ini, masih belum terdapat kawasan di Perak yang mencatatkan IPU yang tidak sihat.

JAS dalam satu kenyataan di sini menjangkakan keadaan berjerebu itu akan berterusan untuk beberapa hari akan datang berikutan cuaca yang diramal kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung.

Menurut jabatan tersebut, laporan yang dikeluarkan 0leh Pusat Kepakaran Meteorologi ASEAN  melalui imej satelit NOAA-18 menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat sejak Selasa lepas.

Imej satelit itu juga menunjukkan jerebu dibawa angin dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke pantai barat Semenanjung Malaysia.

Berikutan keadaan tersebut, JAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan prosedur standard operasi Program Pencegahan Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");