Membawang Hari Ini

Robert Pattinson: Saya Nak Jumpa Rupert Sanders

Memang sukar bagi Robert Pattinson untuk menerima hakikat bahawa kekasih hatinya, Kristen Stewart telah mencuranginya apabila menjalinkan hubungan cinta dengan pengarah bernama Rupert Sanders. Malah, dia ingin benar bertemu dengan pengarah filem Snow White and the Huntsman itu.

“Robert ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya di antara dirinya dengan Kristen,” satu sumber memberitahu Showbiz Spy.

Robert mahu berbuat demikian kerana dia tahu Kristen tidak akan seratus peratus jujur dengannya. Untuk mengelakkan hal tersebut daripada berlaku, Robert bercadang untuk bersemuka dengan Kristen.

“Kristen telah mengkhianati kepercayaannya dengan berlaku curang. Jadi, dia (Robert) yakin Kristen pasti dia tidak akan menceritakan atau menjelaskan perkara tersebut dengan sejujurnya,” kata sumber itu lagi.

Sebelum ini, saudara ipar Rupert, Leopold Ross telah memberitahu sebuah media bahawa hubungan Kristen dengan Rupert sebenarnya sudah tercetus sejak berbulan-bulan lamanya.

-murai.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");