Jenayah

Suspek letup ATM ditahan

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Masjid Tanah, Melaka, Ahad lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki berusia 23 tahun yang juga kakitangan kerajaan itu ditahan jam 2.45 pagi semalam di rumahnya di Kampung Merkang, Pasir Puteh.

Katanya, polis merampas telefon bimbit lelaki itu bagi membantu siasatan dan lelaki terbabit dipercayai bekerja di kawasan berhampiran tempat kejadian.

“Kami berjaya menahan seorang lelaki di Pasir Puteh dipercayai terbabit dengan kejadian bom mesin ATM di Melaka. Ketika ditahan, dia berada di rumah dan pada masa sama, kami turut merampas telefon bimbit miliknya.

“Dia akan diserahkan kepada Polis Melaka untuk tindakan lanjut,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan sekumpulan empat penjenayah dikatakan sanggup menggunakan bom untuk memecahkan mesin ATM, di sebuah bank di Pekan Masjid Tanah, Melaka dalam kejadian jam 3.40 pagi, Ahad lalu.

Kejadian itu bukan saja memusnahkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit, malah bahagian depan serta tingkat bawah bank itu turut rosak.

Penjenayah yang menaiki dua motosikal itu, bagaimanapun pulang dengan tangan kosong berikutan gagal mengambil wang kerana panik selepas letupan kuat itu memusnahkan struktur bank berkenaan.

– HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");