Berita Hari Ini

Bursa Malaysia ditutup tinggi, indeks komposit naik 6.56 mata

Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan minat belian berterusan apabila pelabur kembali menaruh keyakinan terhadap pasaran, yang dipengaruhi berita positif daripada Bank Pusat Eropah (ECB), kata peniaga.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 6.56 mata untuk ditutup pada 1,624.55 selepas dibuka 0.98 mata lebih tinggi pada 1,618.97.

Mereka berkata, prestasi bursa tempatan juga seiring dengan bursa serantau selepas ECB menggariskan program belian bon bagi membantu menurunkan kos pinjaman oleh negara yang bermasalah seperti Sepanyol dan Itali.

“Bagaimanapun jumlah dagangan rendah memandangkan pelabur enggan memegang kedudukan yang besar menjelang hujung minggu selain menunggu pengumuman data pekerjaan US hari ini,” kata seorang peniaga.

Indeks Kewangan menokok 9.54 mata kepada 14,509.81, Indeks Perusahaan menambah 12.65 mata kepada 2,818.39 dan Indeks Perladangan meningkat 15.53 mata kepada 8,415.63.

Indeks FBM Emas meningkat 50.62 mata kepada 11,072.68, Indeks FBM 70 menambah 66.97 mata kepada 12,068.98 manakala Indeks FBM Ace menokok 27.73 mata kepada 4,442.08.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 480 berbanding 261, manakala 305 kaunter tidak berubah, 578 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.14 bilion saham bernilai RM1.72 bilion berbanding 1.30 bilion saham bernilai RM1.99 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 753.74 juta udit bernilai RM1.67 bilion berbanding 865.54 juta unit bernilai RM1.92 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 314.59 juta saham bernilai RM475.17 juta berbanding 362.50 juta saham bernilai RM61.98 juta sebelumnya.

Waran meningkat kepada 67.21 juta unit bernilai RM4.58 juta berbanding 63.55 juta unit bernilai RM5.17 juta pada Khamis.

Mengenai saham aktif, Nextnation Communication susut 1.5 sen kepada 12 sen, Scomi Group meningkat dua sen kepada 32 dan Asia Bioenergy Tech turun setengah sen kepada 7.5 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM9.03, Sime Darby menambah tiga sen kepada RM9.79 manakala CIMB susut empat sen kepada RM7.50.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 87.83 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 1.13 juta, pembinaan 23.74 juta, perdagangan dan perkhidmatan 335.02 juta, teknologi 37.42 juta, infrastruktur 20.05 juta, kewangan 52.75 juta, hotel 6.04 juta, hartanah 55.09 juta, perladangan 19.95 juta, perlombongan 1,000, REIT 5.54 juta dan dana tertutup 15,000.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");