Perak Hari Ini

DS Zambry Meriahkan Jamuan Aidilfitri IDR

Jamuan Aidilfitri anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) petang tadi bertambah seri dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan hampir 200 tetamu yang lain.

Ketibaan DS Zambry pada jam 3 petang disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim dan tetamu kehormat lain termasuklah Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Abdul Rahim Md Arif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SAC), Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Pelbagai hidangan enak disediakan tuan rumah antaranya lemang, nasi impit, sate dan nasi tomato untuk tetamu menjamu selera.

Majlis yang dianjurkan bagi meraikan sambutan Hari Raya itu dapat mengeratkan lagi kemesraan dan hubungan silaturrahim antara kakitangan IDR.

Zambry sempat meluangkan masa hampir satu jam bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis itu yang berlangsung di perkarangan pejabat IDR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");