Berita Hari Ini

Dr Mahathir Terima Anugerah Habitat – Rafik Hariri PBB 2012

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini untuk menerima anugerah Habitat-Rafik Hariri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2012, yang dijangka disampaikan padaJumaat.

Beliau diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Dr Mahathir, 87, dinamakan pemenang anugerah itu pada Jun lepas olehjawatankuasa pemandu anugerah bagi mengiktiraf kepimpinan, negarawan dan tadbirurus yang baik.

Anugerah itu dinamakan sempena bekas perdana menteri Lubnan, AllahyarhamRafik Hariri, ditubuhkan oleh keluarga Hariri dan inisiatif bersama Habitat PBBmelalui Yayasan Rafik Hariri pada Mac 2009.

Anugerah dibuka kepada individu, organisasi atau institusi seluruh dunia di atas pencapaian dalam bidang kepimpinan, negarawan, tadbir urus yang baik; pembinaan dan pembinaan semula penempatan dan komuniti, pembangunan sumber manusia; dan aktiviti kebajikan memerangi kemiskinan bandar dan pelaksanaan Agenda Habitat.

Pemenang anugerah sebelum ini ialah Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang juga diiktiraf bagi kategori kepimpinan, negarawan dan tadbir urus baik, terutama sewaktu menjawat jawatan Datuk Bandar Istanbul pada pertengahan 1990-an apabila beliau menganjurkan Persidangan Kedua PBB tentang Penempatan Manusia.

Ia membawa kepada penubuhan Habitat PBB, beroperasi sepenuhnya di bawah program PBB yang ditugaskan menggalakkan menyediakan perlindungan untuk semua.

Nazek Rafik Hariri, balu Rafik Hariri dan presiden Yayasan Rafik Hariri, semasa pengumuman pemenang anugerah itu berkata suami beliau sangat mengagumi pencapaian Dr Mahathir.

“Perhubungan mereka berdasarkan kepentingan bersama membina keyakinan dankejayaan ekonomi untuk negara masing-masing,” katanya.

Bekas perdana menteri Lubnan itu telah beberapa kali melawat Malaysiasewaktu pemerintahan Dr Mahathir. Pada September 2004, Allahyarham yangmemerintah selama lima kali, mendapat pengiktirafan Habitat Award Scroll ofHonour, anugerah tertinggi PBB dalam pembangunan penempatan.

Penasihat Saintifik Habitat PBB Prof Banji Oyelaran-Oyeyinka bercakap bagi pihak jawatankuasa pemandu telah menggambarkan Dr Mahathir sebagai, “seorang individu luar biasa yang melakukan perkara luar biasa untuk negaranya.

“Malaysia sedang mara ke arah pembangunan ekonomi yang pesat ketika zaman (kepimpinan) Dr Mahathir. Ia diiktiraf bahawa beliau jelas mempengaruhi semuanegara membangun lain akan kemungkinan untuk membangun secara pesat dalam tempohyang singkat,” katanya.

Pengerusi Juri Antarabangsa Mervat Tallawy berkata: “Pendapatan per kapita Malaysia semasa beliau (Dr Mahathir) memerintah meningkat lapan kali ganda,model pemikiran untuk keluar daripada masalah atau krisis hampir sama sepertiPerdana Menteri Rafik Hariri”.

Kenyataan Habitat PBB yang dikeluarkan semasa pengumuman itu menganggap DrMahathir berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang melalui proses pemodenandan kemajuan ekonomi yang pantas.

“Beliau (Dr Mahathir) adalah seorang tokoh politik yang berpengaruh dan berjaya memenangi lima kali berturut-turut pilihan raya umum dan kekal sebagai tokoh politik yang aktif selepas bersara,” menurut kenyataan itu.

Karier politik Dr Mahathir menjangkau hampir 40 tahun dan menjadi PerdanaMenteri selama 22 tahun iaitu antara 1981 dan 2003.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tiba di sini, pada Khamis untuk lawatan rasmiempat hari ke Amerika Syarikat (AS) dan disambut Duta Malaysia ke AS, DatukOthman Hashim dan isteri Datin Rohayazam Kamarulzaman di Lapangan TerbangTeterboro di New Jersey dan kemudian disambut Konsul Jeneral Malaysia di NewYork, Syed Bakri Syed Abdul Rahman, di hotel penginapan.

Dr Mahathir, dijangka bertemu pelajar Malaysia dari New York, New Jersey,Connecticut dan Pennsylvania pada Sabtu manakala Dr Siti Hasmah akan bertemuisteri-isteri kepada perwakilan tetap ke PBB di sini.

– BERNAMA –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");