Jenayah

Mangsa ragut tidak dendam

Norainne (tiga, kiri) melawat mangsa ragut, Zura Ashikin sambil diiringi Pengarah HUSM, Datuk Dr. Zaidun (kiri).

KOTA BHARU – Walaupun sanggup menggilis perut sehingga menyebabkan tulang pinggulnya patah, namun mangsa ragut ini tidak menyimpan dendam terhadap penjenayah terbabit.

Zura Ashikin Mustafa, 48, berkata, walaupun masih sakit di bahagian pinggul, namun dia bersyukur masih diberikan peluang hidup sehingga kini.

“Apa yang saya harapkan, agar pihak berkuasa bertindak sewajarnya supaya kejadian seumpama ini tidak akan berulang kepada mangsa lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di wad 4 Utara, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini semalam.

Terdahulu, Zura Ashikin menerima kunjungan isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang turut disertai Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Datuk Dr. Zaidun Kamari.

Dalam kunjungan itu, Norainee turut memberi kata-kata semangat kepada mangsa, supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian berkenaan.

“Kejadian ini memang amat menyayat hati, saya harap mangsa dapat bersabar bagi menjalani rawatan akibat kecederaan dirinya itu.

“Apa pun saya nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati ketika berurusan di bank kerana kita tidak tahu mungkin penjenayah sedang memerhatikan gerak-geri kita, jadi kita harus sentiasa berwaspada,” kata Noorainee.

Pada Jumaat lalu, mangsa yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Hashim, Pengkalan Chepa mengalami patah tulang pinggul serta beberapa kecederaan di bahagian badan akibat dilanggar kenderaan jenis Nissan Sentra yang dinaiki peragut terbabit selepas melakukan kegiatan itu di hadapan Bank Islam, Pasir Tumboh.

Kelmarin, polis Kelantan berjaya menahan tiga sekeluarga yang dipercayai terlibat dalam kes samun ke atas guru terbabit, di samping pernah terlibat 30 kes samun, ragut dan pecah rumah ketika mereka cuba meninggalkan negeri ini di Lapangan Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");