Sukan Hari Ini

Sifu tempatan tunjuk minat latih Perak

BEBERAPA jurulatih tempatan mula mengintai peluang menjadi ketua juru- latih skuad Seladang untuk saingan Liga Super musim 2013.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu bahawa beliau sudah menerima beberapa resume daripada jurulatih berkenaan.

Katanya, mereka menyatakan kesediaan untuk melatih skuad Seladang musim depan.

Bagaimanapun Presiden Pafa itu enggan mendedahkan nama-nama jurulatih tersebut dan berkata, kedudukan ketua jurulatih akan diketahui selepas Kongres Pafa pada 7 Oktober depan.

“Pafa juga belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan Jang Jung kerana kontraknya hanya akan tamat pada 31 Oktober nanti,” jelas Zainol di Ipoh semalam.

Sebelum ini, bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar telah mengendali- kan skuad Seladang selama dua tahun mulai tahun 2011 lalu.

Namun, Norizan mengambil cuti mengejut selepas Perak dibelasah 0-6 oleh Kelantan di Kota Bharu pada 7 Julai lalu.

Selepas itu, Jang Jung diambil bagi mengendalikan skuad Seladang bagi aksi Piala Malaysia mulai awal bulan Ogos lalu setelah ketiadaan Norizan Bakar.

– KOSMO!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");