Perak Hari Ini

PKMM Perak Bantu Kontraktor Melayu Ceburi Sektor Hartanah

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak hari ini melancarkan projek pembangunan hartanah bagi melahirkan kontraktor yang berdaya saing dan berupaya meningkatkan sosio-ekonomi Melayu.

Yang Dipertua PKMM Perak, Datuk Jamaludin Abdul Rahim, berkata, projek yang menelan belanja lebih RM50 juta akan dibina di kawasan Bandar Meru Raya Ipoh.

“Projek ini melibatkan pembinaan 27 buah rumah kedai dan 10 tingkat rumah apartment yang dianggarkan bernilai lebih RM50 juta,” kata beliau.

Beliau berkata lagi, rumah apartment itu akan dijual dengan harga dari RM248,000 hingga RM270,000 seunit manakala rumah kedai dijual dari harga RM110,000  berbeza mengikut tingkat.

Melalui projek tersebut, seramai 225 ahli PKMM berpeluang memiliki hartanah dengan tambahan diskaun sebanyak 5 peratus.

Selain itu, projek kedua PKMM juga bakal dilaksanakan melibatkan pembinaan rumah mampu milik sebanyak 320 unit yang akan dibina di Kantan membabitkan kawasan seluas 32 ekar.

“Kita akan bangunkan rumah mampu milik iaitu rumah sederhana yang dijual dengan harga sekitar RM100,000,” katanya.

Sementara itu, Exco Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Ramly Zahari, mengajak PKMM turut serta dalam pembinaan projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) di Sitiawan yang bakal dilancarkan oleh Menteri Besar pada Oktober depan.

“Saya telah membuka tawaran kerja  kepada kontraktor untuk turut sama menyumbang dalam pembinaan projek RPT yang melibatkan 800 unit rumah,” kata beliau.

Beliau berkata, pihak Koperasi Perumahan Tentera yang bertindak selaku pemaju akan menyerahkan kembali lot-lot komersial kepada kerajaan negeri.

“Dengan cara itu, pihak PKMM boleh membuat rundingan sama ada ingin turut serta dalam projek pembinaan terbabit,” katanya.

Ramly berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Projek Pembinaan Pembangunan PKMM di Bandar Meru Raya, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");