Perak Hari Ini

Agenda Wanita Malaysia Sekadar Cubaan Pancing Undi Pengundi

Pelancaran ‘Agenda Wanita Malaysia’ (AWM) yang bertujuan menjadi ‘juara’ dalam memperjuangkan nasib kaum wanita dilihat sebagai tidak relevan dan sekadar cubaan pembangkang untuk memancing undi golongan wanita di negara ini.

Ketua Wanita UMNO negeri Perak, Datuk Rusnah Kassim berkata, tujuh dasar yang dikemukakan dalam agenda terbabit hanyalah cubaan untuk meraih sokongan pengundi wanita pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

“Membuat janji itu memang mudah namun janji yang mereka tabur itu sukar dipenuhi.

“Lihat sahaja janji yang ditaburkan kepada rakyat pada pilihan raya 2008, masih banyak yang belum dapat mereka tunaikan,” katanya ketika dihubungi oleh Peraktoday.com di Ipoh, hari ini.

Menurut beliau, tawaran yang dikemukakan oleh kepimpinan wanita mereka bersifat retorik sama seperti apa yang dibentangkan oleh ‘teraju utama’ mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Bajet Pakatan Rakyat yang dibentangkan baru-baru ini.

“Janji mereka ini tidak nasional, baik dari segi kepimpinan wanita mahupun pemimpin utama parti kerana ia langsung tidak boleh diterima akal,” tambah beliau.

Jelasnya, sebarang peruntukan sebelum dibentangkan harus diteliti terlebih dahulu samada adakah ia benar-benar mampu dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan itu.

“Jika tidak, ia akan menjadi bajet gula-gula sama seperti yang diumumkan parti pembangkang.

“Kita beri peruntukan haruslah mengikut keperluan rakyat bukan mengikut kehendak dan hati sendiri,” jelas beliau lagi.

Baru-baru ini Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menawarkan habuan bernilai 10 kali ganda berbanding peruntukan yang diberikan kepada wanita di negara ini.

Kata Wan Azizah, tawaran yang dinamakan “Agenda Wanita Malaysia” itu akan diberikan jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya dan ia disepakati oleh Ketua Wanita PKR, Zuraidah, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");