Perak Hari Ini

Lagi Ahli PKR Sertai UMNO

Sokongan rakyat terhadap parti pembangkang khususnya di Perak semakin goyah apabila semakin ramai ahlinya bertindak keluar parti dan menyertai UMNO yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Terbaru, seramai 63 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Kampung Pasir, Kampung Sungai Muda dan Kampung Ulu Slim dalam Bahagian Tanjung Malim menyerahkan borang menyertai UMNO, petang semalam kepada Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khusairi Talib. Hadir sama, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Rusnah Kassim.

Diketuai oleh Jamilah Hayat, 40, dijangka lebih ramai lagi ahli parti pembangkang itu akan keluar parti dan mengikut jejak langkah kumpulan berkenaan.

Malah, ketika majlis sedang berlangsung, lima lagi bekas ahli PKR menyerahkan salinan kad pengenalan masing-masing untuk menganggotai UMNO, menjadikan jumlahnya kepada 68 orang kesemuanya.

Ketiga-tiga kampung itu terletak dalam DUN Behrang yang dimenangi calon PKR dalam PRU-12 lalu.

BN tewas 40 undi di peti undi Slim kesan daripada peralihan sokongan pengundi dari kampung-kampung berkenaan.

Dalam PRU-11, BN menang di peti undi berkenaan dengan memperolehi 457 undi berbanding 150 undi yang diterima PKR.

Namun dalam PRU-12, keputusannya tidak memihak kepada BN apabila hanya memperolehi 294 undi berbanding PKR 334 undi.

Sementara itu, Khusairi melahirkan harapan agar penyertaan bekas ahli PKR itu dapat meningkatkan lagi keyakinan BN untuk memenangi semula kerusi DUN Behrang dalam PRU-13 nanti.

-blog Wangsa Setia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");