Perak Hari Ini

BAIDURI, JKM Lancar Program PDK Ku Sihat

Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak hari ini melancarkan program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ku Sihat bertujuaan membudayakan cara pemakanan sihat.

Pengerusi BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata,  melalui program tersebut penyelia PDK berpeluang mempelajari amalan pemakanan yang sihat sekaligus dipraktikkan kepada pelatih-pelatih PDK.

“Pelaksanaan program PDK Ku Sihat dilihat mampu menerapkan ilmu pengambilan pemakanan yang sihat serta aspek aktiviti fizikal dikalangan pelatih PDK bagi meningkatkan tahap kesihatan,” katanya.

Saripah berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian PDK Ku Sihat Peringkat Perak serta Bengkel Pengurusan Kewangan PDK di Kediaman Menteri Besar, hari ini.

Jika sebelum ini pelatih di PDK hanya diberi rawatan terapi dan juga kemahiran hidup seharian, melalui program tersebut mereka akan diberi pendedahan dengan memperkenalkan cara pemakanan sihat.

“Diharap pelancaran program ini dapat memberi impak yang positif kepada anak-anak PDK di seluruh negeri ini,” tambahnya lagi.

Pada majlis itu, Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri (BAKTI) melalui BAIDURI turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM36,000 kepada 36 buah PDK yang terlibat di seluruh Perak.

Perbelanjaan itu mampu membantu penyelia disetiap PDK menambah baik proses pembelajaran pelatih di PDK khasnya dalam program yang baru sahaja dilancarkan tersebut.

Sementara itu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam ucapannya bersetuju untuk menambah jumlah bilangan PDK di Perak.

Katanya, penambahan itu bertujuan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) supaya mereka terus dibela demi mencapai kehidupan yang lebih berkualiti.

“Berkemungkinan saya akan ada lagi sebuah atau dua buah PDK akan di bina di Perak,” jelas beliau.

Pada Jun lalu, PDK Ku Sihat peringkat Nasional telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi BAKTI dibawah kepimpinan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");