Beliau berkata bayaran itu mengambil kira hasil bumi atas tanah seperti projek perumahan atau perdagangan dengan ukuran berlainan.
“Kita tengok suara sengau parti pembangkang, kalau kerajaan Barisan Nasional (BN) buat semuanya tidak betul dan tidak baik.
“Kerajaan Persekutuan dan negeri bersama Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) meletakkan banyak pendekatan positif kepada masyarakat setempat dalam projek ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau berkata langkah permulaan pelaksanaan Rapid iaitu penempatan semula penduduk di tiga perkampungan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Mac depan.
“Setiap tahun, dianggarkan 50,000 kapal dagang asing menggunakan perairan Pengerang yang menjadi laluan pilihan dalaman perjalanan mereka dari lautan Hindi ke Laut China Selatan, iaitu laluan memasuki Singapura,” katanya.
Azalina juga berharap agar pembangunan Rapid akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat khususnya golongan belia.
Selain itu, beliau berkata nelayan di kawasan Pengerang perlu diberikan latihan kepakaran supaya mereka mahir dalam aktiviti penangkapan laut dalam.
Beliau juga berharap pihak bertanggungjawab memastikan kemasukan pekerja asing adalah terkawal untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat sama ada dari segi kawalan jenayah dan kesihatan terjamin.
Persidangan dewan disambung Isnin.