Perak Hari Ini

Erat Hubungan Dengan Negara Jiran Untuk Hadapi Krisis Global

Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mahu kerjasama antara negara jiran dieratkan lagi dalam usaha menghadapi krisis global masa kini.

Menurutnya, ia sejajar dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu negara menjalin kerjasama erat dengan Singapura serta negara jiran lain, khususnya  dalam konteks ekonomi.

“Dalam konteks globalisasi dan permasalahan dunia yang kita hadapi hari, negara- negara berhampiran perlu bekerjasama antara satu sama lain supaya kita dapat memperkukuhkan negara kita bagi berhadapan dengan krisis ekonomi global yang dihadapi sekarang,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kunjungan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Tharman Shangmugan Ratman ke kawasan parlimen Tambun sebagai usaha ke arah mengeratkan lagi hubungan interaksi antara Malaysia dan Singapura.

“Anda boleh lihat Iskandar Koridor di Johor, kita boleh melihat pelaburan dari Singapura berikutan hubungan yang terjalin antara kedua-dua negara,” kata beliau.

Ahmad Husni berkata demikian kepada pemberita selepas program Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun di Padang Awam Taman Klebang Jaya, dekat Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, lawatan kerja sehari Tharman yang juga Ahli Parlimen Jurong bersama 80 delegasinya itu bertujuan berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman mengenai kegiatan yang dilaksanakan di kawasan masing-masing.

“Menerusi lawatan ke kawasan sekitar Parlimen ini, kedua-dua negara dapat berkongsi pengalaman dan seterusnya memeterai hubungan awal melalui lawatan yang diadakan Tharman di kawasan komuniti Tambun,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");