Perak Aman Jaya, Perak Hari Ini

PeKA Sasar Lahirkan 500 Usahawan Baru Tahun Ini

Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) berhasrat melahirkan kira-kira 500 usahawan baru di kalangan belia di kawasan bandar dan luar bandar di bawah Program Keusahawanan Amanjaya, tahun ini.

Pengarahnya, Ameron Zulqarnaen Yeop Rashidi, berkata setakat ini, lebih 200 belia telah dikenalpasti untuk menyertai program itu yang turut menyediakan khidmat nasihat kepada golongan berkenaan untuk menceburi bidang keusahawanan.

“Ketika ini, PeKA mengenalpasti lebih 200 usahawan baru untuk diketengahkan dalam bidang keusahawanan berskala kecil dan sederhana.

“Untuk bahagian kerjaya pula, setakat ini, lebih 6,000 pencari kerja sudah berdaftar dengan PEKA,” katanya kepada Peraktoday.com.

Beliau ditemui pada Program Jelajah Kerjaya Amanjaya 2012 peringkat DUN Trong yang berlangsung di Dataran Pejabat Penghulu Mukim, dekat pekan Trong, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ameron Zulqarnaen, berkata pihaknya akan menjelajah ke 10 daerah di Perak dari Oktober hingga awal November untuk memberi peluang kepada pencari kerja di luar sana mendaftar dengan dengan pusat berkenaan.

Maklumat pencari kerja katanya, akan direkodkan mengikut kelayakan akademik dan bidang yang diminati untuk dipadankan dengan kehendak majikan.

Dalam pada itu, PeKA juga tambah beliau, mahu memastikan majikan memberi ganjaran atau gaji yang setimpal dengan kelayakan pencari kerja yang berdaftar dengan pusat itu.

PeKA adalah sebuah agensi kerjaya untuk negeri Perak yang membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan membuat padanan kerja dengan kemahiran mereka.

Ia juga menjadi platform antara majikan dan pencari kerja untuk memudahkan urusan penempatan kerja dalam pelbagai industri di Perak selain menganjurkan bengkel dan klinik untuk meningkatkan kebolehpasaran kepada graduan baru dan golongan bekerja.

Selepas DUN Trong, program ini akan menjelajah ke Daerah Sungai Siput pada 11 Oktober nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");