Berita Hari Ini

Insentif Untuk Hospital Swasta Menggaji Jururawat Baru – Liow

Kerajaan merancang untuk memberi insentif kepada hospital swasta yang menggaji graduan baru daripada kolej perubatan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, langkah itu bermatlamat untuk menggalakkan hospital swasta untuk mengambil jururawat yang telah lulus dalam peperiksaan Lembaga Kejururawatan Malaysia.

“Dengan menawarkan insentif kepada hospital swasta, kami berharap mereka dapat mengambil jururawat baru untuk bekerja,” katanya kepada para pemberita selepas mesyuarat penduduk Tringkap di Cameron Highlands, pada Sabtu.

Hospital swasta turut memainkan peranan penting untuk melatih jururawat baru, tambahnya.

“Ini merupakan satu penyelesaian bagi mengurangkan pengambilan jururawat yang berpengalaman oleh hospital swasta daripada Kementerian Kesihatan,” katanya.

Liow berkata, beliau akan mengumumkan lebih lanjut mengenai skim yang akan diperkenalkan oleh Kementerian itu tidak lama lagi.

Menyentuh mengenai kualiti jururawat di Malaysia, Liow berkata, jururawat telah membantu menghidupkan jangkaan terhadap sektor penjagaan kesihatan.

“Adalah tidak adil untuk mengatakan jururawat Malaysia kurang berkualiti.

“Jika mereka lulus peperiksaan, ini bermakna mereka memperoleh pengetahuan dalam penjagaan kesihatan yang mencukupi,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan berita khas oleh satu saluran televisyen yang mendakwa jururawat di negara ini tidak mencapai standard.

Beliau berkata, jururawat, terutama graduan baru dari kolej kejururawatan memerlukan pendedahan klinikal untuk meningkatkan kepakaran klinikal mereka.

Tambahnya. kerajaan turut mengkaji mengambil jururawat bagi menjalani Skim Latihan 1Malaysia untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");