Perak Hari Ini

Kementerian Pertahanan Bakal Tubuh Unit Penerbangan Askar Wataniah

Kementerian Pertahanan akan membentuk unit askar wataniah di bawah platun penerbangan yang berkhidmat di semua lapangan terbang di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu sedang dibincangkan dan mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Malaysia Airport Berhad (MAB).

“Lapangan terbang akan digalakkan untuk menubuhkan platun di kawasan masing-masing bagi melengkapi tempat yang strategik agar semua lokasi itu mempunyai pasukan askar wataniah,” katanya yang turut berharap penubuhan unit dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita berhubung penubuhan platun penerbangan Askar Wataniah selepas menghadiri Majlis Makan Malam di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh.

Menurut beliau, pasukan tersebut berperanan sebagai barisan pertahanan kedua selepas ditauliahkan menjadi askar wataniah bagi menjaga kawasan yang ditetapkan.

“Kita tidak berhajat untuk mewujudkan peperangan tetapi jika keadaan memerlukan, mereka ini menjadi pasukan barisan kedua,” tambah beliau.

Mengenai kenaikan elaun pasukan wataniah, Ahmad Zahid berkata, pembayaran elaun akan diberikan kepada 65,000 pegawai dan anggota tetap termasuk Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di universiti.

Ia bertujuan mencapai sasaran memperoleh kadar satu anggota tetap dan satu anggota simpanan yang dijangka dicapai menjelang 2015.

“Dengan ada galakkan atau insentif ini, saya yakin semua perkhidmatan yang diberikan dan usaha yang dibuat dapat menarik ramai menyertai pasukan ini, sekaligus sasaran anggota lebih cepat dicapai,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");