Perak Hari Ini

‘Saya Alu-Alukan Kedatangan Anwar’: Zahid Hamidi

Hasrat pemimpin nombor satu pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ di Bagan Datoh, Ahad ini nampaknya disambut baik oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebagai individu yang menghayati demokrasi, beliau katanya, mengalu-alukan mana-mana pemimpin yang berhajat menyampaikan siri ceramah di kawasan yang diwakilinya.

“Mudah-mudahan kedatangan itu bukan hajat untuk menabur fitnah tetapi menjelaskan dasar serta manifesto belanjawan yang mereka anggap sebagai  umpan untuk bakal pengundi mereka,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kedatangan pemimpin pembangkang itu yang akan mengadakan ceramah di kawasan Bagan Datoh.

Berdasarkan rekod kehadiran ceramah terdahulu, hanya 10 peratus daripada mereka yang hadir adalah penduduk  Bagan Datoh, kata Menteri Pertahanan itu lagi.

“Saya harap kali ini akan lebih ramai orang Bagan Datoh yang datang sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran Anwar,” katanya lagi.

Ketika ditanyai soalan adakah Anwar mendapat protes daripada rakan dalam pakatan pembangkang sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri, Ahmad Zahid berkata, berdasarkan komen yang diterima daripada pemimpin PAS dan DAP, rata-rata di kalangan mereka sudah menampakkan ketidakpuasan hati masing-masing.

“Saya harap ia menjadi gila bayang kepada mereka untuk membentuk kabinet sebenar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");