Perak Hari Ini

Kementerian Pertahanan Diminta Pertimbang Cadangan Wujud Kem Tentera Di Trong

Kementerian Pertahanan digesa agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan menempatkan salah satu unit kem tentera di Kamunting ke kawasan Trong sebagai usaha merancakkan lagi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tempatan.

Adun Trong, Datuk Rosli Husin, berkata cadangan telah pun dikemukakan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beliau sendiri amat berharap cadangan itu dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh kementerian berkenaan.

“Apabila wujudnya pembangunan di sesuatu kawasan, ia dapat menghalang rakyat daripada berhijrah ke tempat lain untuk mencari peluang pekerjaan.

“Bagi membantu rakyat di sini, maka saya mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pertahanan itu kerana kawasan kem tentera di Kamunting itu sudah padat,” katanya kepada Peraktoday.com.

Mengulas lanjut, Rosli yang juga Ketua UMNO Bukit Gantang, berkata jika cadangan itu diterima, kem tentera itu akan ditempatkan di kawasan tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang dianggarkan beratus-ratus ekar luasnya.

Tambahnya lagi, apabila wujudnya kem itu kelak, ia dapat merancakkan pembangunan di pekan Trong, sekaligus memberi peluang kepada peniaga kecil menambah pendapatan kerana bilangan keluarga yang semakin bertambah.

Selain itu, Kementerian Pengajian Tinggi turut dipelawa untuk menubuhkan universiti, politeknik atau sekolah berasrama penuh di kawasan Trong, kata Rosli lagi.

“Masih banyak tempat atau kawasan di Trong yang boleh dibangunkan oleh kementerian berkenaan jika ingin menubuhkan pusat pengajian tinggi di sini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");