Jenayah

Lori kurang ajar

Norhayati menunjukkan kesan calar dan cat biru pada kereta kancilnya.

KUALA PILAH – Seorang ibu tunggal dan anak lelakinya berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki digesel sebuah lori dari arah Tampin menuju ke Seremban, baru-baru ini.

Kejadian berlaku jam 11 malam ketika Norhayati Abdullah berada di Jalan Raja Melewar berhenti di lampu isyarat sebelum secara tiba-tiba sebuah lori besar yang didakwa berisi air melanggar Perodua Kancil miliknya menyebabkan berlaku pergeseran di bahagian pemandu hingga ke tempat duduk belakang.

Menurutnya, dia cemas apabila terlihat sebuah lori menuju ke arah keretanya dan tidak dapat mengelak kerana sedang berhenti di lampu isyarat.

“Lori itu didapati mengikut jalan pintas yang tertera hanya untuk kenderaan ringan sahaja.

“Jalan itu sempit dan hanya boleh dilalui kenderaan ringan menyebabkan berlakunya kemalangan. Apa yang lebih dikesali, selepas berlaku pergeseran pemandu lori itu tidak memberhentikan kenderaan dan hanya meneruskan perjalanan seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Norhayati berkata, jalan pintas itu sudah diletakkan papan tanda hanya boleh dilalui kenderaan ringan sahaja seperti motosikal dan kereta.

“Walau bagaimanapun saya bernasib baik kerana lori berkenaan tidak dipandu laju, jika tidak pasti kenderaan saya remuk dan kami mengalami kecederaan.

“Kejadian sebegini bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini kawan dari Kampung Tulang Rimau turut mengalami nasib sama dan memberi gambaran bahawa pemandu lori sering melalui jalan itu hingga menyusahkan pemandu lain,” katanya yang mendakwa pergeseran itu menyebabkan keretanya tercalar dan terlekat cat berwarna biru.

Oleh itu katanya, berharap pihak berkaitan dapat memantau dan mengambil tindakan segera terhadap pemandu lori yang sesuka hati menggunakan jalan pintas demi kepentingan sendiri.

“Saya berharap pihak berkenaan dapat memasang kon di hadapan jalan pintas supaya kenderaan berat tidak melalui jalan tersebut selain mengelakkan kenderaan lain memakan jalan hingga melanggar kenderaan di jalan bertentangan,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");