Sukan Hari Ini

Safee tidak gusar fasal ranking FIFA

Safee Sali menunjukkan pewangi untuk lelaki keluaran Avon, Centre Action pada pelancaran produk tersebut di Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Sukan/20121006/su_02/Safee-tidak-gusar-fasal-ranking-FIFA#ixzz28UawuPBq © Utusan Melayu (M) Bhd

PETALING JAYA – Kedudukan ranking skuad negara yang menjunam sehingga ke tangga ke-162 dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak menggusarkan penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali.

Situasi itu bukan mengejutkan kata Safee, memandangkan tidak banyak perlawanan yang dilalui oleh skuad kebangsaan malah dia yakin moral pemain ke Piala Suzuki AFF tidak akan terjejas dengan kejatuhan enam anak tangga berbanding kedudukan ke-156 bulan lalu.

Safee berkata, misi mempertahankan kejuaraan AFF bulan depan lebih penting daripada memikirkan soal ranking.

“Pada saya ranking bukanlah perkara yang terlalu penting, apa yang lebih mustahak adalah memenangi kejohanan yang kita sertai seperti Piala Suzuki AFF 2012.

“Lagi pun kita tidak menyertai mana-mana kejohanan musim ini, perlawanan persahabatan pun tidak banyak, sebab itu ranking kita jatuh.

“Kalau terlalu mengutamakan ranking tetapi langsung tidak mahu memikirkan untuk memenangi kejohanan, saya rasa itu tidak memberikan apa-apa makna.

“Sasaran paling penting tahun ini adalah mempertahankan Piala AFF. Beraksi di hadapan penyokong sendiri bakal memberikan banyak kelebihan buat kami, ” katanya pada pelancaran minyak pewangi Centre Action Eau De Toilette di Avon, semalam.

Safee dipilih sebagai duta pewangi khas untuk lelaki yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Produk tersebut yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober ini.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");