Kolumnis

5,000 Penduduk Baling Jadi Mangsa Balak Tidak Terancang, Mana PAS Kedah?

Baru-baru ini hujan turun dengan lebat di sekitar daerah Baling, Kedah, di mana ia telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan seramai 600 keluarga yang terdiri dari 5,000 penduduk yang tinggal di lokasi terbabit.

Sebenarnya, jarang-jarang sekali kawasan itu dilanda banjir seteruk itu sebelum ini dan malapetaka yang menimpa ribuan penduduk itu telah menjadi tanda tanya masyarakat setempat.

Penulis sendiri pernah ke daerah itu, khususnya di kampung Gabus, Telok Pendiat, Pokok Sena Pulai, Raja Kupang, Landak Hilir, Banggol Lahar, Tanjong Merbau, Lubuk Pedati, Cenerai, Kuala Pegang dan Rambong Kupang yang terletak berhampiran dengan gugusan Gunung Inas, Baling.

Kedudukan kampung itu yang terletak berhampiran kawasan gunung itu sepatutnya agak sukar untuk ditimpa banjir.

Namun mungkin disebabkan aktiviti pembalakan yang begitu rancak menggondolkan kawasan tadahan air seperti Gunung Inas itu, kawasan itu begitu mudah mengalami banjir kilat sekiranya mengalami hujan lebat.

Gunung Inas merupakan kawasan tadahan air di mana ia juga digazetkan sebagai kawasan hutan simpan kekal yang sepatutnya tidak strategik untuk dijadikan kawasan pembalakan.

Namun mungkin kerana gagal untuk menjana pendapatan dari sektor lain, Kerajaan Negeri Kedah telah “menggadaikan” balak-balak bermutu tinggi di situ sehingga licin tanpa memberi peluang kepada pokok muda sebesar lengan sekali pun untuk tumbuh.

Para penduduk kampung di sekitar kawasan itu pernah mengadu kepada pelbagai pihak termasuk media dan Kerajaan Pusat pernah mengarahkan agar aktiviti pembalakan di kawasan itu dihentikan serta merta.

Meskipun menyedari bahawa aktiviti pembalakan di Gunung Inas tidak memiliki sebarang kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Kedah melalui anak syarikatnya, Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) tetap berdegil untuk menebang balak di situ.

Hasilnya kini rakyat di kawasan tersebut yang menjadi mangsa apabila kediaman mereka yang terletak berdekatan gunung itu dilanda banjir dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit selain kehilangan punca pendapatan.

Persoalannya, siapakah yang akan bertangggungjawab dalam bencana yang menimpa penduduk kampung di Baling ini?

Kerajaan Pusat sudah pun turun padang membantu dan memberikan pembelaan kepada penduduk kampung yang terlibat meskipun ia dibawah tanggunjawab Kerajaan Negeri Kedah.

Bila lagi Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin Datuk Seri Azizan Razak akan turun dan menghulurkan bantuan yang sepatutnya? Takkanlah selepas Pilihanraya Umum ke-13 baru nak turun padang? Dimana “kebajikan” Kerajaan Kedah Sejahtera?

Lagipun, bukankah Azizan Razak sebelum ini pernah marah-marah pada wartawan dan menyuruh mereka “buat kerja cara Islam” dan bukankah Islam itu menyeru umatnya agar bertanggungjawab atas kecelakaan yang dicetusnya?

Jadi, untuk bersikap mendiamkan diri dan terus duduk di kerusi empuk di Pejabat Kerajaan Negeri adalah suatu perkara yang langsung tidak melambangkan “kebajikan” yang dicanang PAS Kedah selama ini.

Sedang para pemimpin PAS bersenang lenang di pejabat berhawa dingin dan menikmati gaji yang lumayan setiap bulan, “kesejahteraan” rakyat tergadai akibat kerakusan pemimpin PAS Kedah yang tak tahu buat kerja.

Wajarkah PAS terus memerintah Kedah untuk penggal depan? Rasanya seluruh penduduk Baling sudah serik!

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");