Perak Hari Ini

Barisan Pelapis Bahas Ucapan Presiden Dan Usul Perhimpunan Agung UMNO 2012

Barisan pelapis akan menggalas amanah UMNO Perak untuk berbahas dan menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang dijadual berlangsung selama lima hari bermula dari 27 November hingga 1 Disember depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun akan membahaskan ucapan Presiden.

“Ketua Wanita UMNO, Datuk Rusnah Kassim pula akan membahaskan usul ekonomi manakala Ketua Puteri, Salbiah Mohamed akan menyampaikan usul berkaitan bidang pendidikan dan agama.

“Tahun ini, kita akan bangkitkan lebih kepada persiapan menghadiri pilihan raya umum akan datang termasuklah beberapa perkara penting untuk menjadikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak lebih kukuh.

“Pengalaman sebelum ini telah mengajar kita untuk bergerak dalam satu pasukan untuk mara bersama-sama Presiden, Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada pemberita di Grik, hari ini.

Menteri Besar Perak itu juga berkata, UMNO Perak juga bersedia untuk berkongsi pengalaman dengan semua perwakilan UMNO yang menghadiri persidangan itu nanti.

“Kami juga telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa dan walaupun pembangkang menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik sokongan rakyat, kita perlu laksanakan kerja dengan baik,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");