Laporan Eksklusif

Persefahaman Dan Permuafakatan Elemen Penting Kurangkan Kes Penderaan Wanita: DS Rosmah

Persefahaman dalam perhubungan dan permuafakatan adalah elemen penting yang mampu menyelamatkan dan mengurangkan kes penderaan di kalangan wanita, kata Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sehubungan itu, segenap lapisan masyarakat tegasnya, wajar memikul tanggungjawab bagi memastikan keselamatan setiap wanita dan kanak-kanak perempuan sentiasa berada dalam keadaan terpelihara.

Tambahnya lagi, keganasan terhadap wanita tidak hanya berlaku di negara ini malah menjadi masalah sejagat yang melanda seluruh dunia.

Malah, fenomena tersebut juga dikatakan memberi impak negatif terhadap produktiviti dan ekonomi apabila kesannya menyebabkan wanita tidak berupaya untuk bekerja, kehilangan pendapatan dan sebagainya.

Bermula dengan kempen kesedaran serta pendidikan yang sempurna kepada masyarakat, sebarang bentuk keganasan dari segi fizikal mahupun seksual terhadap kaum Hawa dapat dihentikan.

“Khidmat bimbingan dan kaunseling yang disediakan melalui perkhidmatan Talian Nur bagi memudahkan orang awam termasuk mangsa keganasan rumah tangga membuat aduan dan pertanyaan,” katanya berucap merasmikan Kempen Say No – Unite To End Violence Against Women di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, sebentar tadi.

Hadir sama, Isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli dan Naib Canselor UPSI, Datuk Prof Zakaria Kasa.

Kempen cetusan idea Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon pada 2008 itu merupakan usaha mencegah keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia.

Seterusnya, Rosmah berkata, sudah tiba masanya kempen yang dilancarkan di benua Afrika, Asia Pasifik, Latin Amerika dan Kepulauan Carribean itu kini dilancarkan Malaysia.

“Selepas dilancarkan, kempen ini berjaya mengumpul 5 juta tandatangan daripada masyarakat seluruh dunia sebagai tanda sokongan dan menyeru ianya dijadikan agenda utama kerajaan di seluruh dunia,” kata beliau lagi.

Isteri Perdana Menteri juga berkata, kerajaan Malaysia memandang serius terhadap keganasan rumah tangga yang berlaku dalam negara ini.

Justeru itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) katanya, mengambil beberapa pendekatan seperti meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 sebagai langkah menangani isu terbabit.

Untuk galeri foto – KLIK SINI

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");