Perak Hari Ini

BN Youth Job Fair Jadi Acara Tahunan Di Perak: DS Zambry

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 yang berlangsung di Dataran Ipoh selama dua hari bermula hari ini hingga Ahad diangkat sebagai acara tahunan di negeri tersebut.

Beliau berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk sentiasa memastikan golongan muda diberi peluang untuk mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.

“Program kerjaya ini harus diteruskan setiap tahun bagi memastikan anak-anak muda terus diberi peluang kepada anak-anak muda,” katanya.

Jelasnya, penyediaan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan muda dalam negeri menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Untuk laksanakan tanggungjawab itu kita kena sediakan peluang pekerjaan kepada mereka,” kata beliau ketika berucap dalam majlis pelancaran karnival terbabit.

Menurutnya, selain pelaksanaan karnival kerjaya tersebut, kerajaan negeri juga telah mengambil pelbagai pendekatan untuk terus memastikan anak kelahiran negeri Perak mendapat pekerjaan.

Katanya, penubuhan Perak Aman Jaya (PEKA) bertindak sebagai sebuah entiti yang menjadi rujukan untuk semua golongan untuk mencari pekerjaan.

“Rakyat tidak perlu tunggu saban tahun untuk mencari peluang pekerjaan namun hanya perlu datang ke PEKA dan lihat tawaran yang disediakan,” tambah beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata majikan yang terlibat dalam karnival tersebut yang berjaya menyediakan peluang pekerjaan akan diberi insentif potongan cukai oleh kerajaan negeri.

“Insentif  cukai sebanyak RM2 akan diberi kepada majikan bagi setiap peluang pekerjaan yang disediakan,” katanya.

Jelas beliau, ia merupakan usaha kerajaan negeri menggalakkan para majikan membantu individu yang belum memperoleh pekerjaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");