Jenayah

Kastam rampas 4kg ketamin

Abdullah (kanan) menunjukkan dadah dan beg yang dirampas daripada lelaki warga India yang ditahan di Menara Kastam Johor.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas empat kilogram (kg) dadah jenis ketamin bernilai RM140,000 yang cuba diseludup masuk ke negeri ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, di sini, Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Kastam negeri, Abdullah Sidik berkata, susulan rampasan itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga India berumur 41 tahun pada jam 4 petang.

Lelaki terbabit yang tiba dari Mumbai selepas transit di Kuala Lumpur ditahan, apabila bagasinya yang diimbas menunjukkan imej yang mencurigakan.

“Sepasukan anggota kastam di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang telah memeriksa tiga buah beg pakaian yang dibawa lelaki berkenaan.

Hasil pemeriksaan berjaya menemui satu bungkusan plastik lut sinar yang disorokkan di lapisan dasar dalam dua daripada tiga beg disyaki mengandungi dadah.

“Unit Narkotik dipanggil bagi membantu membuat pengesahan dan mendapati dua bungkusan serbuk kristal yang dibungkus dalam plastik lut sinar terbabit dipercayai mengandungi dadah berbahaya jenis ketamin dengan anggaran berat kasar empat kg serta ditaksirkan bernilai RM140,000.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan pertama kali datang ke Johor, namun bukan pertama kali datang ke Malaysia. Lelaki tersebut ditahan reman selama 14 hari sehingga 21 November ini untuk siasatan selanjutnya,” katanya kepada media di Menara Kastam Johor, di sini, semalam.

Abdullah berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, kes ini merupakan kes ketiga penyeludupan dadah di pintu masuk negara melalui Johor yang berjaya dipatahkan pihak Kastam.

“Saya menyeru orang ramai agar membantu kastam di dalam memerangi penyeludupan khususnya melibatkan dadah dan tidak membabitkan diri dalam aktiviti tersebut.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malahan ianya turut mendatangkan ancaman keselamatan negara.

“Kerjasama orang ramai juga sangat dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan yang diketahui dengan menghubungi pejabat Penguatkuasaan Kastam yang berdekatan,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");