Membawang Hari Ini

‘Malam Penghujung Rindu’, Jamal tampil kelainan

Berita baik buat semua peminat raja pop tanah air, Jamal Abdillah! Pada 24 November ini, beliau akan membuat persembahan khas pada satu majlis makan malam yang diberi nama, ‘Malam Penghujung Rindu Bersama Jamal Abdillah’, akan berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya (HSPJ).

Persembahan penyanyi bersuara emas itu dijangka memukau lebih 600 tetamu dengan sajian dendangan lagu-lagu popularnya.

Menurut Pemangku Pengurus Besar HSPJ, Norashekin Yusof, persembahan itu bertujuan mendekatkan peminat dengan penyanyi popular tanah air itu.

“Kami mahu beri peluang kepada peminat setia Jamal Abdillah untuk melihat sendiri penyanyi pujaan mereka ini dengan lebih dekat, selain dapat berhibur dengan persembahan bertenaga daripada penyanyi ini.

“Dengan usaha tersebut, kami berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu mengembangkan industri muzik tempatan, selain membina semula kesetiaan pelanggan dan mengukuhkan reputasi jenama hotel kami.

“Bagaimanapun, usaha ini tidak akan terhenti di sini kerana kami telah mengatur beberapa perancangan untuk mengadakan majlis yang sama dengan menampilkan beberapa artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Anuar Zain dan ramai lagi,” katanya.

Sementara itu, Jamal Abdillah berkata, dia bakal membuat satu kelainan bagi menghiburkan peminat setianya pada malam itu.

“Saya akan memilih dua peminat bertuah untuk bersama-sama menyanyikan lagu duet saya iaitu Sandarkan Pada Kenangan dan Ghazal Untuk Rabiah dalam versi akustik.

“Saya mahu peminat yang hadir terhibur dengan persembahan saya pada malam itu. Saya juga berharap peminat tidak akan melepaskan peluang seperti ini untuk berhibur bersama saya.

“Jumlah lagu yang akan saya dendangkan pada malam itu nanti adalah sebanyak 14 buah lagu, di mana ia merangkumi lagu-lagu lama dan baru,” katanya.

Selain  persembahan mantap daripada Jamal Abdillah, difahamkan hidangan yang disediakan pada malam itu juga akan disediakan oleh seorang chef terkenal iaitu Chef Khairuddin, di samping beberapa tiket bertuah dan hadiah-hadiah menarik semasa persembahan bakal menanti tetamu yang hadir.

– SINAR HARIAN

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");