Sukan Hari Ini

Zulfahmi dianugerah Kesatria Terbilang Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin hari ini dianugerahkan Kesatria Terbilang oleh Pergerakan Pemuda UMNO ekoran kejayaan beliau dalam sukan permotoran dunia itu.

Zulfahmi, anak muda berusia 21 dan berasal dari Banting, Selangor itu dua kali menaiki podium musim ini selepas menduduki tempat kedua pada Grand Prix Malaysia dan tempat ketiga pada Grand Prix Valencia.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sempena perhimpunan pergerakan itu, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");