Berita Hari Ini

Banjir bukan alasan naikkan harga barang

gambar hiasan:-

Para peniaga di negeri ini diingatkan tidak menjadikan bencana banjir sebagai alasan untuk mereka menaikkan harga barangan.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan Pahang, A. Arwan Abdul Aziz berkata, tindakan tegas boleh diambil terhadap peniaga yang berbuat demikian di bawah Akta Jualan.

“Di bawah akta itu, peniaga yang menaikkan harga barang terkawal boleh didenda RM10,000 atau penjara tiga tahun, manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM100,000 dan penjara tiga tahun atau keduanya sekali,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Arwan berkata, sebanyak 61 buah pusat bekalan barangan keperluan mangsa banjir dan pekedai serta peruncit disediakan di seluruh negeri.

Katanya, bekalan barangan keperluan dan makanan untuk mangsa banjir di negeri ini adalah lebih daripada mencukupi kerana peniaga dibenarkan menyimpan stok lebih sedikit pada musim banjir.

“Tiada sebab ketiadaan bekalan makanan boleh terjadi melainkan jika perhubungan jalan raya terputus, terutama bagi peniaga di kawasan luar bandar atau pekan kecil yang sukar keluar bagi mendapatkan bekalan.

“Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan, pembekal dan pemborong mempunyai pelan alternatif untuk menghantar barang-barang jika keadaan benar-benar terdesak,” katanya.

Arwan menasihati orang ramai supaya tidak membeli barangan keperluan secara kuantiti yang banyak di musim banjir kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan peniaga menaikkan harga.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");