Berita Hari Ini

Muhyiddin lawat mangsa banjir di Terengganu esok

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melawat mangsa banjir di Terengganu esok.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, Muhyiddin akan melawat daerah Kemaman yang kini terjejas teruk akibat banjir selepas kawasan Besut dan Setiu yang kini kian pulih.

Beliau memberitahu Bernama hari ini, sejurus tiba di Lapangan Terbang Kerteh, timbalan perdana menteri akan terus dibawa menaiki helikopter melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Bukit Mentok di sini.

Terdahulu Ahmad bersama isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud melawat beberapa kawasan sekitar Kemaman, antaranya pusat penempatan mangsa banjir di bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Putih dan Cukai.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu Zuhari Omar.

Ahmad Shabery menyifatkan banjir yang melanda daerah ini kali ini antara yang terburuk selepas banjir besar melanda negara pada tahun 1971.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");