Berita Hari Ini

Banjir Di Pantai Timur Semakin Pulih

Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan hanya 554 orang mangsa banjir yang masih berada di dua pusat pemindahan.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka terdiri daripada 178 buah keluarga di jajahan Tumpat yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 dan 2.

Sekiranya keadaan semakin pulih, kesemua mangsa dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing esok.

Ketika ini hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih berada pada paras bahaya dan bagaimanapun ia semakin surut.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di negeri-negeri Pantai Timur pada Ahad yang mungkin akan menyebabkan kawasan rendah mengalami banjir dan penduduk terus diingatkan dengan kemungkinan berlakunya banjir pusingan kedua.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan cuaca sehingga malam Sabtu terus baik.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");