Perak Aman Jaya, Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Serah Tajaan Jayakan FPLR Pangkor 2012

Kerajaan Perak menyerahkan tajaan bernilai RM50,000 bagi menjayakan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (FPLRA) Pangkor 2012 yang dijadual berlangsung di Arena Pangkor dan Pantai Pasir Bogak dari 15 hingga 17 Disember ini.

Festival itu dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) dengan kerjasama Yayasan Kampung Karyawan Malim (YKKM) yang dijangka menghimpunkan lebih 500 peserta tempatan dan luar negeri.

Terdahulu, Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman menyerahkan tajaan kepada pihak penganjur yang diwakili oleh pengarah festival, Malim Ghozali PK.

Penyampaian puisi dan syair secara santai dan terbuka bakal menjadi tarikan utama festival berkenaan yang memasuki tahun ketiga penganjurannya tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga merangkap Adun Pangkor dijangka merasmikan festival berkenaan yang mengangkat tema “Meningkatkan Harmoni Menerusi Seni”.

Objektif festival antara lain untuk menyedarkan masyarakat akan peranan yang boleh dimainkan seni dalam memantapkan perpaduan.

Difahamkan, pihak penganjur menyasarkan penyertaan daripada ahli akademik dan guru, penyair, sasterawan, ahli seni, remaja serta individu yang mempunyai minat mendalam terhadap seni penyampaian puisi.

Lebih 30 penyair antaranya AH Karim, Johan Jaafar, Leo AWS dan beberapa penyair dijangka akan turut memeriahkan festival tersebut manakala persembahan lagu rakyat pula dijangka bakal menampilkan beberapa nama besar dalam industri seperti Kopratasa, Monoloque dan Najwa Latif.

Selain aktiviti mendeklamasi puisi dan lagu rakyat, sebuah forum dengan tema yang sama akan diadakan di Dewan Bogak, Hotel Puteri Bayu Pulau Pangkor pada 16 Disember bermula jam 9 pagi.

Antara panelis yang terlibat dalam forum terbabit ialah Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI, Prof Datuk Dr Abdul Latif Bakar, Rektor ASWARA, Prof Dr Mohamad Hatta Azad Khan dan panelis jemputan dari Universiti Brunei Darussalam, Zefri Ariff.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");