Isu Panas

Kes Khalwat Empat Orang Bukan Islam Bukan Isu Kecil

Kes empat orang bukan Islam ditangkap khalwat di Kota Bharu, Kelantan mungkin dilihat sebagai isu yang kecil namun banyak lagi isu yang perlu dikaji secara menyeluruh, kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw.

“Mungkin terdapat kes-kes yang lebih banyak melibatkan pencabulan hak orang bukan Islam, namun ia tidak didedahkan.

“Pasangan yang ditangkap bukan Islam. Namun pegawai penguatkuasa sangat subjektif dalam mengeluarkan saman mengikut undang-undang Islam. Ini tidak adil,” katanya yang dipetik sebagai berkata kepada China Press.

Mengambil satu contoh penguatkuasaan melampau, Hu yang juga bekas ahli majlis berkata papan iklan bagi kedai perkakas elektrik telah diturunkan kerana didakwa mengandungi ‘imej-imej yang tidak senonoh’.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");