Sukan Hari Ini

United menang derby Manchester

Wayne Rooney (tengah) meraikan jaringannya bersama Ashley Young (kiri) dan Robin van Persie pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di Stadium Etihad, semalam. – AGENSI

ENGLAND – Jaringan lewat permainan oleh Robin Van Persie memastikan Manchester United menang 3-2 pertembungan derby ke atas Manchester City di Stadium Etihad dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Kemenangan itu memboleh skuad Alex Ferguson kekal sebagai pendahulu liga dengan 39 mata selepas 16 perlawanan, enam mata mengatasi City pada tangga kedua.

Lebih manis kemenangan skuad bimbingan Alex Ferguson itu melebur rekod tanpa kalah City di laman sendiri sejak Disember 2010.

Pada perlawanan semalam penyerang sensasi England, Wayne Rooney terlebih dahulu meledak dua gol awal pada minit ke-16 dan ke-29 sebelum penjaring terbanyak liga musim lalu Van Persie menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Jaringan City diraih melalui Yaya Toure minit ke-60 dan Pablo Zabaleta minit ke-80. – AGENSI

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");